Jenis Jenis Pelaburan Emas

Pelaburan emas, saham dan pasaran hadapan merupakan pasaran professional dan bukan untuk pelabur sambilan malah lebih untuk para spekulator emas. Seseorang memerlukan seorang broker yang baik, amanah, dan berpengalaman. Sebagai tambahan terdapat beberapa pertimbangan tentang cukai yang perlu diketahui yang mana mungkin tidak terpakai bagi pembelian syiling emas untuk tujuan mengumpul.

Akaun pelaburan emas atau akaun simpanan emas boleh dibuat di beberapa bank di sesetengah negara tetapi bukan di semua negara. Di Malaysia, bank yang mempunyai kemudahan tersebut ialah Maybank, Public Bank dan Standard Chartered paling terbaharu, manakala CIMB dan Ambank dikatakan akan memberi kemudahan yang sama berdasarkan kedudukan semasa emas di pasaran dunia.

Walau bagaimana pun, terdapat syarikat swasta yang menyimpan emas melalui perjanjian bertulis dengan mereka yang mempunyai akaun dengan syarikat dan ini merupakan satu cara untuk memiliki dan menyimpan emas, biasanya untuk tujuan simpanan dan pelaburan emas.

Emas terdapat dalam bentuk bulion. Emas dalam bentuk ini terdiri daripada emas jongkong dan syiling emas (termasuk Dinar Emas).Apabila memilih emas mana yang mahu dibeli, emas bentuk ini mungkin yang paling mudah buat kebanyakan orang. Syiling emas dan emas jongkong bersaiz kecil senang diperoleh. Emas tersebut mudah disimpan, dan yang paling utama emas mengekalkan nilai walau pun semasa krisis atau keperluan ekonomi.

Di antara empat jenis (pelaburan) emas yang menjadi pilihan iaitu saham, dana pertukaran dagangan (ETF), pasaran hadapan dan bulion, maka emas bulion yang mengekalkan nilainya. Saham boleh merudum, pasaran hadapan boleh mengalami perubahan (harga) yang besar dan dana pertukaran dagangan walau pun berasaskan saham sebenar iaitu seperti matawang ketika disandarkan kepada emas, masih tertakluk kepada ruapan dagangan yang sama seperti saham dan pasaran hadapan.